Connect with us

Oh! Media

Kakak Dakwa Abang Viva Kahwin Tanpa Restu Keluarga Dan Minta Henti Buat Ibu Bapa Derita

abang viva

Oh! Artis

Kakak Dakwa Abang Viva Kahwin Tanpa Restu Keluarga Dan Minta Henti Buat Ibu Bapa Derita

Baru je kita dapat berita gembira tentang perkahwinan Azwan Omar atau Abang Viva dengan wanita pilihan hatinya tapi sekarang muncul pula pendedahan yang kurang baik dan tidak sepatutnya dikongsikan kepada umum.

ADVERTISEMENT

BACA: Abang Viva Sah Sebagai Seorang Suami kepada Evanoza

Pendedahan ini dilakukan oleh kakak Abang Viva sendiri yang dikenali sebagai Fauziyah Omar melalui perkongsian di Facebook. Dalam posting tersebut, dia mendakwa Abang Viva berkahwin tanpa restu keluarga dan telah mengabaikan orang tuanya sejak berkenalan dengan isterinya.

Kakak akui tak dapat maafkan adik…

Kepada yang kata maafkanlah dia, saya minta maaf kepada kamu kerana tak dapat tunaikan permintaan itu. Berdoalah semoga benda yang sama tidak berlaku kepada kamu.

Dalam pada itu, Fauziyah turut mengatakan ibu bapa dan keluarga Abang Viva hanya beban dan tidak layak duduk sama tinggi dengan pasangan terbabit.

Kata pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kamu buruk dan busuk. Mak ayah saya dan anak-anak buah saya tak layak duduk sama tinggi dengan mereka. Hanya bebas yang akan menyusahkan dan penghalang kepada kebahagiaan mereka.

Masalah dan aib keluarga tak sepatutnya cerita di media sosial..

Dah puas aibkan Eva?

Dalam pada itu, isteri kepada Abang Viva iaitu Evanoza turut berkongsi status seakan meluahkan apa yang terjadi ketika ini. Dia berpendapat kisah dan aib keluarga perlu disimpan dan meminta agar fikir dahulu sebelum melakukan apa-apa perkongsian di media sosial.

Abang Viva akan Live malam ini untuk clearkan semuanya…

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas