Connect with us

Oh! Media

Kak KM Dedah Perompak Rupa-Rupanya Follower Sendiri, Pernah Minta Alamat Konon Nak Ambil Produk

kak km

Oh! Artis

Kak KM Dedah Perompak Rupa-Rupanya Follower Sendiri, Pernah Minta Alamat Konon Nak Ambil Produk

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meluahkan rasa syukur apabila sebahagian barang kemas dan peti besi yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta berjaya ditemui semalam.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, barang rompakan yang disorok ditemui di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.

BACA: Kak KM Luah Rasa Syukur Barangan RM2.1 Juta Yang Dirompak Berjaya Ditemui Polis

Jelas Kak KM, dia ada di rumah ketika anggota polis datang untuk memberitahu berita tersebut. Pihak polis siap menunjukkan bukti gambar dan dia hanya mampu menangis.

@hheaven_boy Peti Besi Kak Km Telah Ditemui.kredit kini tv BM#fyp #trendingnewsmalaysia #longervideos #viral #berita #beritatiktok #CapCut ♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Betul orang cakap, kalau rezeki kita halal, memang akan dapat balik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Tak sangka, Allah SWT kembalikan semula hak saya. Ibaratnya, Tuhan pinjam sekejap dan pulangkan semula.

Paling mengejutkan apabila usahawan ini mendedahkan suspek merupakan pengikut media sosialnya dan tahu perkembangan dirinya.

Dia pernah minta alamat, konon-konon nak datang ke rumah untuk ambil produk.

Disebabkan itu, Kak KM mengambil pengajaran tidak akan mudah mempercayai orang lain dan akan meningkatkan kawalan keselamatan rumah.

Pengajaran kedua, kena lebih tingkatkan keselamatan di rumah. Walaupun ada CCTV, tapi penjenayah tetap boleh lakukan kegiatan jenayah mereka.

Anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri ini juga bercadang untuk pindah rumah kerana merasakan tidak selamat tinggal di situ.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas