Connect with us

Oh! Media

“Kain Sendiri Pun Tak Terjaga” – Dah Boleh Rentas Negeri, Lana Nodin Titip Pesanan Buat Haters

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 12t171139529

Oh! Artis

“Kain Sendiri Pun Tak Terjaga” – Dah Boleh Rentas Negeri, Lana Nodin Titip Pesanan Buat Haters

Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Lana Nodin acap kali terpalit kontroversi apabila dia dikatakan menolak suntikan vaksin Covid-19. Pelakon ini turut menjadi mangsa kecaman netizen sehingga ramai yang gembira apabila dia kembali ke Amerika Syarikat.

BACA: Lana Nodin Belanja Video Tiba AS Tanpa Vaksin Khas Untuk Mereka Hina Dirinya

Terbaru, Lana Nodin menerusi sebuah entri di Instagram menempelak netizen yang pernah mengkritik dirinya. Lana memberi peringatan kepada netizen supaya tidak menggeletis apabila pergerakan rentas negeri dan keluar negara sudah dibenarkan.

IKLAN

Bersama hantaran itu, ibu kepada dua anak ini menyertakan video menunjukkan orang ramai berlari merempuh pagar yang dibuka.

Lana turut meninggalkan pesanan kepada seseorang supaya berhenti menjaga tepi kain orang lain. Tidak menyebut nama dengan jelas, pelakon ini meminta individu itu ‘move on’ dan tidak mendiskriminasi orang lain.

Kau tu move on je la tak payah sibuk hal orang, berlakon je dalam drama tak payah buat drama, cukup dah drama politik.

Orang industri pun meluat la dengar cerita kau hari-hari tak habis-habis diskriminasikan orang!!

Tambah pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini lagi, individu berkenaan seharusnya menjaga hal sendiri daripada sibuk mengenai hal yang tidak berkaitan dengan dirinya.

Kredit: Lana Nodin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas