Connect with us

Oh! Media

“Kaabah Pun Orang Tunggang” – Fedtri Yahya Tegur Individu Edit Gambar Demi Perhatian

Oh! Artis

“Kaabah Pun Orang Tunggang” – Fedtri Yahya Tegur Individu Edit Gambar Demi Perhatian

Terkini, Fedtri Yahya yang merupakan personaliti TV terkenal telah menegur tindakan individu yang tak bertanggungjawab menyunting gambar Kaabah demi kepentingan sendiri.

ADVERTISEMENT

BACA: Fedtri Yahya Terharu Anak Sulung Khatam Al-Quran Di Usia 10 Tahun

Fedtri berbuat demikian dengan memberi komen dalam posting yang dimuat naik oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun.

‘Tunggang’ agama

Sebelum ini tular di internet mengenai video yang menunjukkan persekitaran Kaabah dituruni salji yang lebat.

Namun, Ustazah Asma mendedahkan bahawa terdapat pihak yang tak bertanggungjawab telah mennyunting video tersebut yang menampakkan air hujan itu seolah-olah seperti salji.

Sehubungan dengan itu, Fedtri Yahya meluahkan rasa kecewa dan mengecam pihak yang tak bertanggungjawab itu kerana sanggup mengekploitasi gambar Kaabah demi perhatian.

Itulah… Zaman sekarang. Kaabah pun orang ‘tunggang’ utk raih tumpuan. Sanggup edit yang bukan-bukan. Patut dibebaskan daripada menjadi tempat niaga, tempat sensasi. Supaya terjaga kemuliaannya. Orang Islam juga jangan jahil sangat. Perlu berilmu dalam menilai sebaran yang tak bermanfaat.

Tapi betul juga apa cakap Fedtri tu kan?

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas