Oh! Artis
“Jika Kuku Panjang, Buang Kuku Bukan Jarinya” -Ajak Dan Shahrol Akhirnya Bersatu Semula
Sebelum ini, hangat diperkatakan di media sosial apabila anggota kumpulan lawak Shiro iaitu Ajak dan Shahrol saling berbalas-balas kenyataan.
Siapa sangka, duo kumpulan ini sebenarnya memendam rasa di antara satu sama lain yang membuatkan mereka bersengketa.
BACA: Shahrol Minta Stesen Radio Jadi Profesional Tapi Komen Ajak Shiro Pula Jadi Perhatian
Terbaru, Shahrol memuat naik foto bersama Ajak menandakan mereka baik-baik je. Shahrol berkata, pertemuan dengan Ajak mengimbau begitu banyak kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan.
Shahrol berkata lagi, ego perlu diketepikan ketika menghadapi masalah untuk mengekalkan silaturahim. Pelawak yang kini bergiat aktif dalam bidang politik ini turut mendoakan rakannya itu terus maju jaya.
Di ruangan komen, para peminat tumpang gembira melihat dua pelawak ini akhirnya bersatu kembali. Mereka rindu dengan persembahan lawak tidak kering gusi daripada kumpulan ini.
Kredit: Instagram Shahrol Shiro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM