Oh! Artis

“Jantan Takdak Teloq” – Puteri Sarah Liyana Dan Bella Astilah Berang Dihina Geng ‘Secondhand’

Published on

Meskipun sudah hampir setahun bercerai dengan Syamsul Yusof, pelakon Puteri Sarah Liyana masih menerima kutukan daripada lelaki-lelaki ‘tersakiti’.

BACA: Puteri Sarah Kantoi Hisap Vape? Kawan Baik Jelaskan Perkara Sebenar

Lelaki-lelaki tersebut meninggalkan komen negatif mengkritik tindakannya menari trend lagu Alamak Raya Lagi dendangan DeFam.

Sampaikan ada seorang netizen biadap melabel Puteri Sarah dan Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’.

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah membalas semula komen menggelarkan netizen tersebut sebagai pondan kerana menyibuk di ruangan Instagram orang lain.

Di aplikasi X, Puteri Sarah mendedahkan lelaki tersebut telah ‘block’ akaunnya dan terbukti hanya berani meninggalkan komen di Instagram.

Ni orang utagha panggil jantan takdak teloq.

Pelakon ini juga mempersoalkan tindakan netizen tersebut menyekat akaun X selepas meninggalkan komen biadap terhadap orang lain.

Kredit: X Puteri Sarah Liyana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version