Connect with us

Oh! Media

“Jangan Ajari Seorang Isteri Sabar” – Irma Hasmie Tulis Kapsyen Sedih Dan Buang Foto Suami, Rumah Tangga Sedang Bermasalah? 

Untitled Design   2

Oh! Artis

“Jangan Ajari Seorang Isteri Sabar” – Irma Hasmie Tulis Kapsyen Sedih Dan Buang Foto Suami, Rumah Tangga Sedang Bermasalah? 

Lama betul tak dengar pasal pelakon, Irma Hasmie kan? Hari ini namanya menjadi bualan apabila dia memuat naik satu hantaran berbaur kesedihan. Kenapa tu?

Menurut hantarannya di Instagram, Irma tulis ‘caption’ yang menunjukkan dia menzahirkan erti sabar seorang isteri yang melahirkan anak-anak untuk suami.

IKLAN
85b13433 c25a 4cda a545 f13766e63106

Jangan ajari seorang isteri sabar. Kerana dia pernah digunting, dipotong dan dijahit hidup hidup untuk memberimu gelaran seorang ayah.

Berikutan itu, netizen di ruangan komen mula membuat spekulasi dan meneka aktres dan personaliti TV itu sedang mempunyai masalah dalam rumah tangganya.

Kalau korang tengok ruangan komen, bukan sahaja netizen malah rakan-rakan artis turut menitipkan ucapan semangat buat Irma atas segala dugaan yang mungkin dihadapinya pada ketika ini.

Irma dalam pada itu turut membalas komen warga maya dan memohon doa daripada orang ramai agar dikurniakan kesabaran yang tinggi.

Minta maaf semua, kebaikan itu datang daripada Allah dan keburukan adalah daripada saya sendiri.

Alhamdulillah, memang sabar itu kugenggam semampunya. Mohon doa sahabat-sahabat syurga.

Malah, foto suami Irma, Redza Syah Azmeer Radzuan juga sudah tidak kelihatan lagi di Instagram miliknya; hanya tinggal foto anak-anak dan aktiviti seni dibiarkan di media sosial pelakon itu.

Untuk info, Irma telah mendirikan rumah tangga bersama Redza yang merupakan seorang duda dan juga ahli perniagaan pada tahun 2012.

Kredit: Instagram Irma Hasmie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas