
Oh! Artis
Jackie Chan Akan Lakukan Penggambaran Filem Di Malaysia, Lokasi Sudah Dipilih
Oleh
Baru jer hari tu Ohmedia layan balik filem Police Story 3: Super Cop lakonan Jackie Chan dan Michelle Yeoh yang adakan penggambaran di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Sekarang, kita dapat pula berita gembira di mana Jackie akan kembali lagi ke Malaysia.
Memetik laporan Sinar Harian, bintang filem ternama Hong Kong itu ada menyatakan secara peribadi tentang rasa rindui kepada Malaysia dan teruja untuk kembali melakukan penggambaran di sini.
Jackie Chan maklumkan, sudah ada jalan cerita yang sesuai untuk lakukan penggambaran di Malaysia…

Saya yakin penonton di Malaysia akan mengalu-alukan saya menjalani penggambaran di sana. Sebetulnya, sudah ada jalan cerita filem yang akan menjalani penggambaran di sana.
Penerbit juga sudah mengenal pasti beberapa lokasi di Malaysia. Jika semua perkara berjalan lancar berdasarkan rancangan, kami akan melakukan penggambaran filem di sana.
Jackie bagaimanapun tidak mendedahkan tajuk filem yang terlibat tetapi mengesahkan ia bukanlah filem bergenre aksi.
Untuk pengetahuan korang, kali terakhir Jackie Chan lakukan penggambaran di Malaysia adalah pada tahun 1991 dan ketika itu beliau bergandingan bersama pemenang Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.
Kredit: Sinar Harian
