Oh! Artis

Isu Kontroversi Datuk Rosyam Nor Tentang Rumah ‘Ayam’ Berikan Menteri Komunikasi Idea Bernas

Published on

Datuk Rosyam Nor sudahpun memberikan penjelasan di mana video yang tersebar tentang rumah pelacuran itu hanyalah video promo untuk program podcast di YouTube.

BACA: PU Syed Akhirnya Bersuara Isu Rosyam Nor Tentang Keperluan Rumah ‘Ayam’

Bagi memahami apa yang cuba disampaikannya, Rosyam meminta semua untuk melihat video tersebut dari mula sampai habis.

Nasi sudah menjadi bubur, Menteri Komunikasi akan lakukan sesuatu…

Terbaru, kenyataan Rosyam Nor ini bukan sahaja menarik perhatian golongan agamawan tetapi turut memberikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil idea baru.

Ini apabila, wartawan mStar bertanyakan soalan kepada Fahmi samaada perlu atau tidak memantau kandungan podcast.

Kami belum ada rancangan pantau kandungan podcast tapi anda baru saja beri saya idea. – Jawab Fahmi Fadzil ringkas.

Nampaknya, idea untuk memantau kandungan podcast ini akan berlaku tidak lama lagi. Walaupun negara kita membenarkan kebebasan bersuara rakyatnya tetapi kita tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version