
Oh! Artis
Isu Cium Atas Pentas, Penganjur Good Vibes Festival Saman RM11 Juta Terhadap The 1975
Ha ingat lagi tak kes Good Vibes Festival yang lalu telah dihentikan serta-merta selepas Matty Healy dari The 1975 mencium ahli kumpulannya di atas pentas.
Difahamkan, penganjur telah memfailkan saman sebanyak RM11.25 juta kerana terkesan dengan tindakan tak bermoral Matty di atas pentas yang menyebabkan penghentian festival itu.
Mereka turut mendakwa kumpulan terbabit menggunakan set yang berbeza dengan tujuan melanggar garis panduan termasuk penggunaan alkohol di atas pentas.
Penganjur menjelaskan The 1975 dan pengurusannya sedia maklum tentang beberapa had yang dikenakan kerana mereka pernah membuat persembahan di festival itu pada 2016.
Kumpulan tersebut telah didakwa melanggar garis panduan ditetapkan oleh Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Pernah berjanji untuk patuh semua garis panduan dan peraturan
Katanya, PUSPAL menolak permohonan persembahan dari kumpulan itu pada awalnya kerana mengambil kira isu ketagihan dadah Matty.
Namun meluluskan persembahan The 1975 setelah mereka berjanji untuk patuh dengan semua peraturan di Malaysia.
Menerusi laporan FMT, pihak pengurusan The 1975 juga bertindak meninggalkan Malaysia dengan segera selepas kejadian itu.
Lesen penganjur juga telah ditarik balik yang juga membawa kepada pembatalan acara pada hari berikutnya dan menyebabkan kerugian besar.
Sementara itu, kumpulan tersebut belum mengemukakan lagi pembelaan dan wakilnya juag enggan mengulas lanjut tenatng isu ini.
Terdahulu, Good Vibes Festival tahun lalu terpaksa ditamatkan selepas vokalis kumpulan sensasi itu mengkritik undang-undang LGBT di Malaysia sebelum mencium salah seorang ahli kumpulannya.
