Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

IShowspeed Pecahkan Rekod Di Indonesia, Buat Backflip Selepas Tembus 1 Juta Penonton Live

Youtuber terkenal, Darren Jason Watkins atau lebih dikenali sebagai IShowSpeed, mencipta sejarah ketika berkunjung ke Indonesia. Sebagai sebahagian daripada lawatan Asia, IShowSpeed yang mempunyai 30 juta subscribers di YouTube, membuat live streaming di Jakarta dan mencuri perhatian rakyat tempatan.

Memakai batik dan baju pasukan bola sepak Indonesia, kehadirannya di Kota Tua, Jakarta, disambut meriah. Salah satu momen menarik ialah ketika dia mencuba makanan tempatan, Nasi Padang lengkap dengan rendang.

IKLAN

Pedas.- Kata IShowSpeed, sambil terkejut dengan kepedasan makanan itu.

Selain itu, dia juga sempat bermain angklung, alat muzik tradisional Indonesia, yang mengundang sorakan daripada orang ramai.

Antara aksi lain yang mencuri perhatian ialah ketika IShowSpeed memberikan wang kepada manusia patung yang ditemuinya, serta cuba beberapa makanan dan melawat rumah hantu.

Dalam sesi live streaming tersebut, IShowSpeed berjaya memecahkan rekod peribadinya apabila jumlah penonton mencapai 1 juta.

Untuk meraikan detik bersejarah itu, dia terus melakukan backflip yang disambut sorakan penonton.

Pergh! Dekat Malaysia hari tu rasanya dapat capai 300 ribu lebih je dalam satu masa. Memang lain macam lah jiran kita ni.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Tribune


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas