Connect with us

Oh! Media

Ikmal Amry Dituduh Bawa Laju Jadi Punca Kemalangan, Tak Minta Maaf Dengan Mangsa Langgar

Oh! Artis

Ikmal Amry Dituduh Bawa Laju Jadi Punca Kemalangan, Tak Minta Maaf Dengan Mangsa Langgar

Bagaikan mimpi ngeri, pelakon Ikmal Amry menganggap kemalangan yang menimpa mereka sekeluarga pada petang Sabtu adalah satu pengajaran.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, pelakon itu bersama isteri Najla Shamsul dan anak mereka berusia lapan bulan dalam perjalanan pulang ke kampung di Melaka.

Namun, kecoh pula diperkatakan mengenai dakwaan pelakon itu memandu laju menyebabkan kereta jenis Perodua Myvi dan satu lagi kenderaan lain dilanggar.

@lianis_1 Percutian bertukar tragedi hitam kami 1 family. Dilanggar oleh…. hurmm malang tak berbau.. #fypdongggggggg #fypdongggggggg #melakahawau ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah

Memetik laporan mStar, seorang pengguna jalan raya, Norliana yang memandu Perodua Myvi berkata keretanya dilanggar dari arah belakang sebelum kereta yang dipandu artis itu berpusing.

Dia meluahkan rasa kecewa mendakwa Akmal tidak bertanggungjawab dan tidak meminta maaf.

Selepas kejadian kami berhenti di tepi jalan. Ikmal juga ada di situ. Dia langsung tidak minta maaf malah dia yang pergi dahulu meninggalkan kami di sana.

Liana mendakwa lagi, dia sudah menghubungi Akmal sendiri namun panggilan diserahkan kepada bapa untuk mewakili dirinya.

Sedar diri menerima kecaman, pelakon ini menjelaskan bahawa dirinya dan keluarga masih lagi dalam keadaan trauma.

Kepada mangsa yang terlibat, pelakon ini meminta maaf dan menjelaskan kemalangan itu bukanlah kehendak dirinya.

Dia juga tidak pernah mengaku diri tidak salah. Dia menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis. Pelakon ini mengakui kesalahan memandu dalam keadaan tidak cukup rehat.

Kredit: IG Ikmal Amry | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas