Terbaru, Shuk dengan rasa sayu akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada rumahnya itu. Menerusi satu hantaran video di Instagram, Shuk merakam detik memindahkan perabot keluar dari rumah termasuk basikal anak.
Di ruangan kapsyen Shuk berharap semoga ada yang lebih baik menantinya selepas ini. ‘Bye-bye Ferrea’, tulisnya.
Netizen yang bersimpati mendoakan yang terbaik buat pelawak ini. Mereka memahami rasa sebak terpaksa melepaskan rumah yang dibina hasil titik peluh.
Semoga ada rezeki lain buat Shuk. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.