Connect with us

Oh! Media

Ini Sebab Mengapa Penggiat Seni Bantah Cadangan Kru Penggambaran Buat Ujian Air Kencing

ujian air kencing

Oh! Artis

Ini Sebab Mengapa Penggiat Seni Bantah Cadangan Kru Penggambaran Buat Ujian Air Kencing

Isu dadah membabitkan penggiat seni sebenarnya bukan perkara baru kerana sudah terlalu ramai yang ditangkap dengan najis ini. Disebabkan itu, pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mencadangkan untuk memperketatkan lagi permohonan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

ADVERTISEMENT

Antara cadangan itu adalah untuk mewajibkan semua yang terlibat dalam penggambaran membuat ujian air kencing. Cadangan ini bagaimanapun dibantah penggiat seni dengan alasan ia membebankan mereka.

Antara yang membantah adalah Datuk Jurey Latiff Rosli, Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia dan Ahmad Ibrahim, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia yang melihat arahan membuat ujian air kencing remeh dan mengarut.

Ini adalah tanggungjawab semua orang. Pekerja perlu belajar bersikap jujur dengan mematuhi peraturan yang sudah termaktub dalam kontrak. Takkanlah semua perkara hendak membabitkan kerajaan.

Bagi saya, tindakan itu tidak matang dan membebankan kerajaan yang mempunyai banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian.

Selain itu, bagi saya, cadangan ujian saringan air kencing ke atas pekerja seni melanggar hak asasi pekerja. Perkara ini tidak dilaksanakan oleh sektor pekerjaan lain. – Katanya kepada BH Online.

Membebankan syarikat produksi

Jurey juga berpandangan ujian air kencing yang perlu dijalankan oleh semua yang terlibat akan menelan kos yang banyak. Ini akan menambah lagi kos yang sedia ada seperti ujian calitan Covid-19, alat sanitasi set penggambaran dan perkara yang melibatkan SOP.

Ada cara lain yang boleh diambil

Bukan hanya membantah kosong, Jurey turut memberikan jalan lain yang boleh diambil bagi memastikan masalah dadah tidak berlaku. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan menyenarai hitam nama pengarah, kru dan artis yang terbabit dengan dadah.

Syarikat produksi juga disaran memeriksa latar belakang dan rekod setiap pekerja termasuk pelakon sebelum menggaji mereka bagi menjaga nama baik syarikat.

Apa yang berlaku mencetuskan stigma tidak baik kepada warga seni. Hanya kerana seorang atau dua orang yang terpalit dengan isu dadah, habis seluruh imej pekerja seni dipandang serong. – Katanya lagi.

Tidak kisah apa cara sekalipun diharapkan agar masalah dengan najis dadah ini dapat dibendung. Bagi memastikan ia dapat diatasi, semua pihak haruslah bersama-sama membantu. Sekiranya ada diantara kawan kita yang terlibat, bantulah mereka agar dapat kembali ke pangkal jalan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas