Connect with us

Oh! Media

Ini Rupanya Punca Legenda WWE, Triple H Akhirnya Umum Berhenti Dari Dunia Gusti

triple h

Oh! Artis

Ini Rupanya Punca Legenda WWE, Triple H Akhirnya Umum Berhenti Dari Dunia Gusti

Bila dengar nama Triple H, Ohmedia terus terbayang semburan air dari mulut, haha! Itulah trademark yang mesti akan dilakukan legenda gusti WWE, Paul Levesque (Triple H) tiap kali masuk gelanggang sebelum beraksi.

ADVERTISEMENT

Apapun semua ini hanya tinggal kenangan selepas dia mengumumkan persaraannya daripada menyertai apa sahaja pertandingan berkait gusti. Perkara itu diumumkan sendiri olehnya ketika temu bual bersama ESPN hari Jumaat lepas.

Punca Paul yang kini berumur 52 tahun mengambil keputusan untuk bersara kerana masalah kesihatan yang dialaminya. Dia kini menghidapi masalah jantung dan doktor menasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti lincah seperti bergusti.

Alami radang paru-paru dan batuk berdarah

triple h

Paul sebelum ini baru sahaja selesai pembedahan pada September 2021 dan berjaya memasang alat difribilator di bahagian dada berhampiran jantungnya.

Panggilan Triple H yang digunakan Paul selama 30 tahun dalam dunia gusti itu bagaimanapun telah berjaya meraih kejuaraan dunia sebanyak 14 kali. Perlawanan terakhir yang disertai adalah di Tokyo pada 29 Jun 2019. Berehatlah Triple H.

triple h

Kredit: ESPN

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas