Dalam ramai yang memuji pasti akan ada pihak yang cuba jadi berbeza dengan orang lain dengan mengecam. Itulah apa yang berlaku kepada Alif Satar apabila ada individu yang mengecam usahanya mengajak orang ramai solat subuh macam Jumaat.
Luahan rasa tidak puas hati itu tersebar di aplikasi X di mana individu terbabit mendakwa orang ramai datang solat subuh di masjid hanya kerana Alif Satar dan Khairul Aming dan bukannya kerana Allah.
Kesian, nak sembah tuhan pun perlukan influencer. Tak tahu mana satu tuhan. Pergi masjid sebab ada Alif Satar dengan Khairul Aming? Alahai…
Rasa geram pula dengan pemikiran macam ni. Bagi Ohmedia ini adalah satu usaha yang baik untuk kita sama-sama memeriahkan masjid dan surau.