Oh! Artis

Ibu Shila Amzah Beri Pesanan Supaya Jangan Rasa Diri Kita Baik

Published on

Setelah lama tidak menjadi perhatian ramai, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman kembali menjadi bualan warganet selepas memuat naik satu hantaran status di Instagram Story.

Dalam hantaran yang dimuat naik, Fauziah memberi pesanan kepada setiap individu untuk tidak merasakan diri sendiri terlalu baik.

Kita mungkin banyak nampak salah orang, tapi kita perlu ingat bahawa diri kita juga punya watak yang tidak baik dalam kehidupan orang lain.

Namun begitu, Mama Zie sama sekali tidak menyebut nama mana-mana pihak ataupun memberi bayangan status terbabit ditujukan untuk seseorang.

Sebelum ini, Shila Amzah memberitahu kepada pihak media bahawa dirinya belum bersedia untuk bersemuka dengan ibu susulan konflik keluarga dan kini hanya mahu memberi sepenuhnya fokus kepada bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version