Pelakon remaja, Qistina Raisah khabarnya sedang mengintai peluang untuk melebarkan sayap ke dalam dunia peragaan apabila dia dilihat hadir untuk uji bakat menjadi model ‘catwalk’.
Pelakon remaja kontroversi, Qistina Raisah nampaknya ingin memasuki dunia peragaan apabila dia hadir dalam satu ujibakat menjadi model ‘catwalk’.
Menerusi satu video di Tiktok menunjukkan Qistina yang memakai baju putih dan jeans kasual sedang mendaftar uji bakat tersebut.
Momen-momen pelakon drama Sekali Aku Bahagia itu ketika berada di sesi pemilihan model yang tidak diketahui penganjuran dari pihak mana itu dirakam oleh ibunya sendiri.
Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Qistina dan ‘salute’ dengan ibunya kerana sentiasa menyokong minat anaknya.
Bukan tu jer, ada juga yang beranggapan ia seakan-akan ‘child grooming’ dan penampilan Qistina yang begitu seksi, tidak sepadan dengan umurnya yang baru hendak meningkat dewasa. Apa pandangan korang?