Connect with us

Oh! Media

“I Tahu You Dengar..” – Shuib Dan Anak Tunggu Isteri Pulang

Cover Photo Om 1200 X 675 36

Oh! Artis

“I Tahu You Dengar..” – Shuib Dan Anak Tunggu Isteri Pulang

Berikutan kekurangan oksigen, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Petang semalam, suaminya Shuib memaklumkan doktor telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi berusia 8 bulan di dalam kandungan Siti Sarah.

BACA:Siti Sarah Masuk ICU, Shuib Mohon Semua Doakan

Terbaru, Shuib berkongsi mengenai perkembangan isteri yang dilaporkan semakin baik walaupun masih belum sedar. Katanya, tahap kandungan oksigen Sarah meningkat dan menunjukkan tanda positif.

IKLAN
Shuib

Dalam hantaran di Instagram Story itu, Shuib berkata jam 11 malam semalam oksigen menurun sehingga 40 peratus namun telah meningkat kepada 80 peratus pagi ini. Dia berharap orang ramai terus mendoakan agar kesihatan isteri kembali pulih dan pulang ke pangkuan keluarga.

Setakat pagi ini, Sarah masih lagi belum sedar, masih lagi perlukan bantuan oksigen. Cuma, alhamdulillah ada peningkatan.

Terdahulu, penyanyi lagu Terakhir Buat Teman ini mengesahkan keluarganya positif Covid-19 sejak 25 Julai selepas mereka menjalani ujian saringan apabila ada pembantu rumah yang positif wabak.

Siti Sarah kemudiannya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan perlu ditidurkan selepas kekurangan oksigen.

Rakan artis dan peminat telah menganjurkan bacaan Yasin mendoakan agar Allah SWT mengangkat kesakitan yang sedang dialami Siti Sarah dan kesemua pesakit Covid-19.

Kredit: Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas