Oh! Artis

“I Said Yes” – Shila Amzah Belanja Video Ambil Cincin, Bakal Bertunang?

Published on

Penyanyi terkenal, Shila Amzah seolah-olah memberi bayangan akan menamatkan zaman solonya dengan kekasih hati, Ubai.

BACA: Kantoi Panggil ‘Yang’, Peminat Syak Shila Amzah Bercinta Dengan Influencer Terkenal

Menerusi perkongsian video di TikTok, pasangan itu dilihat berada di sebuah kedai emas untuk mengambil cincin tanda.

Ubai secara berseloroh berkata, telah kehabisan wang dan ‘rama-rama’ keluar daripada dompetnya.

“I said yes” – Shila Amzah

@shilaamzahofficial

I said yes 💍 Terima kasih buat semua yang doakan baik2🤍

♬ original sound – tutordancetiktok💃🏼

Penyanyi lagu Masih Aku Cinta ini menulis di ruangan kapsyen bahawa dia akhirnya bersetuju dengan lamaran dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik.

Menjengah di ruangan komen, para peminat meninggalkan ucapan tahniah dan tumpang bahagia melihat Shila Amzah kini.

Alhamdulilah, semoga urusan Shila Amzah dan Ubai dipermudahkan. Amin.

Kredit: TikTok shahila amzah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version