Umum mengetahui isu panas yang berlaku kepada pelakon Zahirah Macwilson di mana Fathia Latiff telah menyamakan muka pelakon itu dengan iras bibik.
Namun, pelakon jelita ini telah dilabelkan sebagai high class lady apabila langsung tak memberi respon kepada apa yang terjadi dan menjalani kehidupannya seperti biasa.
Terbaharu, Zahirah tampil berkongsi ucapan istimewa buat suami tersayang, Aiman Hakim Ridza sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.
Menerusi Instagramnya, Zahirah berkongsi ucapan romantis itu selain meluahkan rasa sayang dan bangga terhadap bapa kepada anaknya itu.
Selamat hari lahir hero Isaac dan sehati sejiwa mummy. Hari ini kita raikan kamu kekasihku.
Saya bangga dengan anda dan segala yang anda berjaya capai. Kebijaksanaan, kasih sayang dan kesabaran anda tidak pernah gagal buat saya terpukau.
Malah, dia juga mendoakan agar Aiman dilimpahkan dengan segala kebaikan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Meninjau ke ruangan komen, peminatnya turut meninggalkan komen ucapan hari lahir buat Aiman dan mendoakan agar dia dilimpahkan rezeki serta kekal bahagia bersama keluarga dan anak-anak hingga ke syurga.
Sedikit info, Aiman dan Zahirah telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan eorang anak lelaki iaitu Isaac Raees yang kini berusia 2 tahun dan bakal menimang seorang lagi cahaya mata pada tahun ini.