Connect with us

Oh! Media

Hari Tu Kantoi Panggil ‘Yang’, Sekarang Shila Amzah Pula Mengaku Ubai Teman Istimewa

Shila amzah ubai bercinta ohmedia

Oh! Artis

Hari Tu Kantoi Panggil ‘Yang’, Sekarang Shila Amzah Pula Mengaku Ubai Teman Istimewa

Sebelum ni Ohmedia ada kongsi tentang hubungan penyanyi Shila Amzah dengan seorang influencer TikTok, Ubai yang dikatakan sedang hangat bercinta. Sangkaan ini timbul selepas Shila tersasul panggil Ubai ‘Yang’ ketika sesi live di TikTok.

BACA: Kantoi Panggil ‘Yang’, Peminat Syak Shila Amzah Bercinta Dengan Influencer Terkenal

Shila Amzah

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, berusia 25 tahun itu kemudian tampil mengesahkan mereka sedang menjalin hubungan istimewa sejak tahun lalu lagi.

IKLAN

Berkawan lebih rapat sejak Shila bercerai…

Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011 tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014. Namun sejak tahun lepas, hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam kehidupan.

Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala yang dilalui.

Hubungan yang terbina ini juga dikatakan tidak disangka menjadi serius kerana terlalu rapat.

Tiba-tiba Shila dedah status hubungan dengan semua…

Shila juga mengakui perkara itu secara spontan selepas diasak dengan soalan dari peminat ketika siaran langsung di TikTok.

Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami semalam. Tapi entah macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.

Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.

Walaupun Ubai masih belum bawa Shila jumpa keluarga, dia bersyukur kerana keluarga terima hubungan mereka.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas