Connect with us

Oh! Media

aliff syukri

Oh! Artis

“Harga Saya Minimum RM15,000!” – Bekas Penyanyi ‘Nombor Satu Negara’ Tolak Tawaran Menyanyi Murah

Usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang tawaran menyanyi yang dianggap tidak setimpal dengan reputasinya.

Menurut Aliff, langkah ini bukanlah kerana ingin menunjuk tetapi untuk menjaga statusnya sebagai penyanyi.

IKLAN

“Suara saya terlalu sedap, bayaran harus setimpal”- Datuk Aliff Syukri.

Aliff Syukri menyatakan, dia pernah menerima tawaran untuk menyanyi di sebuah konsert, namun menolaknya kerana bayaran yang ditawarkan hanya sekitar RM2,000 hingga RM3,000. Katanya, harga minimum yang layak bagi suaranya adalah RM15,000.

Ini saya nak beritahu, ‘rate’ atau harga saya minimum RM15,000. Ini serius, jangan ketawa. Kalau saya terima macam tak berbaloi. Kita sudah bersiap cantik-cantik, bayaran pula sekadar dapat RM2,000 atau RM3,000 memang tak berbaloi.

Jaga reputasi penyanyi bermutu…

Aliff turut menegaskan bahawa keputusannya bukan untuk berlagak tetapi sebagai langkah menjaga reputasi. Beliau juga tidak setuju jika ada yang mentertawakannya.

Dengan nama Allah, awak semua ingat hina sangatkah saya tak boleh menyanyi? Ini cerita betul. Saya tolak tawaran itu bukan sebab menyombong. Sudahlah lokasi pun jauh, di Pulau Pinang, kemudian bayarannya sedikit. Tak bolehlah macam itu. Saya kena jaga reputasi saya,- Katanya lagi.

#OhmediaNasihat

Setiap individu perlu tahu nilai diri dalam apa jua yang dilakukan. Jangan takut untuk menghargai bakat anda, asalkan tidak mengabaikan kerendahan hati. Datuk Aliff Syukri memang ohsem!

aliff syukri

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Utusan


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas