Oh! Artis

Haji Zul Ariffin Tolak Berlakon Watak Seksi, ‘Gomol’ Perempuan

Published on

Tak mahu terlibat lagi dalam drama seksi dan berpelukan, itulah respon pelakon terkenal Zul Ariffin ketika ditawarkan menjadi watak utama dalam drama siri baru.

BACA: Zul Ariffin Berangkat ke Makkah 10 Jun, Bakal Tunai Ibadah haji

Menerusi perkongsian di Facebook, penerbit Fadzil Teh berkata, meskipun watak tiada aksi rogol atau gomol dengan perempuan, Zul Ariffin tetap menolak jalan-jalan cerita sebegitu.

Jawapan yang diberikan pelakon berusia 37 tahun ini membuatkan Fadzil Teh termalu sendiri. Dia terus menghubungi orang kuat di stesen televisyen supaya membuang plot drama yang agak seksi.

Beliau berterima kasih kepada pelakon itu kerana telah menyedarkan bahawa dia lalai dan lemah dalam dunia glamor ini.

Terdahulu, Zul Ariffin dipanggil menjadi tetamu Allah SWT bagi menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada Jun ini.

Kredit: Facebook Fadzil Teh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Exit mobile version