Connect with us

Oh! Media

Hafidz Roshdi Puas Hati Dan Perjelas Sebab Shuhada Tarik Balik Kes Pukul

Hafidz roshdi shuhada ohmedia

Oh! Artis

Hafidz Roshdi Puas Hati Dan Perjelas Sebab Shuhada Tarik Balik Kes Pukul

Sebentar tadi kami melaporkan yang bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada telah menarik semula kes dakwaan dipukul pelakon lelaki itu pada tahun lepas.

BACAAkhirnya Shuhada Tarik Semula Kes Pukul Terhadap Hafidz Roshdi 

Menurut laporan mStar, Hafidz berasa puas hati selepas Shuhada lakukan perkara itu dan akui yang mereka sudah bersetuju untuk berdamai tanpa paksaan.

IKLAN

Alhamdulilah saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini.

Tiada sebarang isu atau provokasi mana-mana pihak sebab kami setuju berdamai secara baik.

Bukan tu jer, pelakon lelaki itu juga berkata yang dia sudah pulih daripada masalah mental yang dihidapnya apabila tidak pernah terlepas menjalani rawatan di Hospital Shah Alam. Alhamdulillah.

Tak ada dah, Alhamdulillah sebab sekarang ini selalu minta nasihat doktor setiap bulan.

Saya tak pernah terlepas mendapatkan rawatan di hospital dan selalu kemas kini tahap kesihatan kepada doktor.

Difahamkan yang bekas isteri Hafidz itu hanya diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan dan tidak dapat hadir ke mahkamah kerana kurang sihat. Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Ogos nanti.

Hafidz roshdi shuhada ohmedia

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas