Connect with us

Oh! Media

fazura

Oh! Artis

Fazura Jawab Dakwaan Ajar Anak Cakap, “Saya Dah Tak Sayang Daddy Lagi..”

Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan satu video yang menunjukkan anak kepada, Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisyah yang mengatakan sudah tidak sayangkan ayahnya (Fattah Amin) lagi. Sejak itu, ramai yang mula menyalahkan Fazura dan menuduh dirinya mengajar anak untuk bercakap sebegitu.

Ketika bersiaran langsung di Instagram, Fazura memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut meskipun ramai pengikutnya meminta dia bersuara.

IKLAN

Fazura akui tak terkesan dengan fitnah yang dilemparkan…

Menurut Fazura, dia sama sekali tidak terkesan dengan kecaman dan spekulasi liar yang beredar di media sosial.

Secara jujurnya, saya tak terkesan langsung sebab saya percaya dengan hukum Allah. Kalau kita berniat baik akan dibalas baik dan kalau niat jahat akan dibalas jahat. Biarlah mereka nak buat apa pun, itu urusan mereka.- Katanya.

Pelakon filem Pisau Cukur itu juga menegaskan dia bahagia dengan kehidupannya sekarang dan percaya setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.

BACA: “Saya Tak Nak Daddy, Tak Sayang Daddy Lagi” – Reaksi Spontan Anak Fazura Di Live Undang Perhatian

Fazura nasihatkan peminat untuk serahkan segalanya kepada Allah…

Dalam pada itu, Fazura turut mengingatkan peminatnya agar tidak terlalu memikirkan perkara negatif dan berterima kasih atas sokongan mereka selama ini.

Paling penting adalah kita kena sentiasa bersabar dan serah segalanya kepada Allah. Tak mengapa biarlah mereka nak fitnah, Allah nak angkat darjat saya. Terima kasih semua, jangan langsung rasa sakit hati, jangan risau saya okay dan gembira, tenang. Kita sebenarnya zikir nama Allah, tapi mereka nak zikir nama Fazura biarlah.- Katanya dengan tenang.

Sebelum ini, video tular menunjukkan Fazura membaca komen daripada penonton yang bertanya mengapa Fatima menangis sebelum ini. Apa yang menarik perhatian, anak kecil itu dengan jelas mengatakan tidak mahu bertemu dengan bapanya lagi.

Saya tak nak daddy, saya dah tak sayang daddy lagi.- Kata Fatima sambil menggelengkan kepala.

Untuk rekod, Fattah Amin dan Fazura telah sah bercerai talak satu pada 6 Oktober 2024 selepas mahkamah meluluskan permohonan cerai yang difailkan oleh Fazura.

Mahkamah juga memutuskan hak penjagaan Fatima diberikan kepada Fazura, sementara Fattah diberikan hak lawatan tiga kali seminggu dan dibenarkan bermalam dengan anaknya dua kali sebulan.

#OhmediaNasihat

Perpisahan bukanlah satu perkara mudah, terutama apabila melibatkan anak kecil. Walau apa pun yang berlaku, penting bagi kedua-dua pihak untuk mengutamakan kebahagiaan dan kesejahteraan anak.

fazura

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas