Connect with us

Oh! Media

Farid Kamil Tolak Tawaran Pensyarah, Fokus Belajar Di Universiti Malaya

Ohmedia farid kamil sambung belajar

Oh! Artis

Farid Kamil Tolak Tawaran Pensyarah, Fokus Belajar Di Universiti Malaya

Farid Kamil nampaknya bertekad untuk fokus mendapat Master di Universiti Malaya. Ini apabila, Farid memutuskan untuk menolak tawaran menjadi pensyarah di sebuah universiti swasta tempatan.

Menurut Farid, dia merasakan dirinya masih belum layak untuk memikul tanggungjawab tersebut kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dalam bidang lakonan dan pengarahan masih belum mencukupi.

Saya fikir masih belum mampu untuk memberi ilmu pengetahuan secara spesifik kepada pelajar. Pada hemat saya, selagi masih belum ada ijazah sarjana atau PhD, saya tidak fikir kelas itu akan efektif.- Jelas Farid.

Farid Kamil menanti keputusan kemasukan di UM

Img 0825

Walaupun menolak tawaran pensyarah, Farid kini merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya (UM) pada Mac ini, bergantung kepada keputusan permohonannya. Katanya, langkah ini merupakan salah satu sasarannya menjelang 2025.

IKLAN

Insya-Allah saya akan menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya. Bagaimanapun saya rahsiakan terlebih dahulu kursus yang saya ambil memandangkan masih dalam proses. Jika ada rezeki, saya mahu menyambung ke peringkat PhD pula selepas ini.- Tambahnya lagi.

Keputusan untuk menyambung pelajaran timbul selepas Farid menghadiri pertemuan dengan 100 alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurutnya, dia merasa rendah diri apabila mendapati ramai alumni yang hadir memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana, dan ada pula yang bergelar pemegang doktor falsafah (PhD).

Rekod pendidikan Farid Kamil

Untuk rekod, Farid Kamil merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Seni Layar) dari UiTM pada tahun 2010. Sebelum itu, dia juga menamatkan pengajian diploma dalam Seni Lakon Teater di universiti yang sama.

#OhmediaNasihat

Belajar tidak mengenal usia! Keputusan Farid Kamil untuk menyambung pengajian membuktikan bahawa ilmu itu tiada penghujung.

Bagi yang berpeluang, teruskan usaha menimba ilmu sama ada untuk kerjaya atau perkembangan diri.

Ohmedia farid kamil sambung belajar

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas