Connect with us

Oh! Media

Farid Kamil Dan Diana Danielle Tersenyum Ceria, Sah Bercerai

Ohmedia farid kamil diana danielle

Oh! Artis

Farid Kamil Dan Diana Danielle Tersenyum Ceria, Sah Bercerai

Kisah rumah tangga pasangan pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui penghujungnya selepas Farid melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.

Farid dan Diana terlihat tersenyum ceria selepas mereka buat kali terakhir bersalaman. Ini merupakakan lafaz talak kedua dilakukan Farid selepas melafazkan talak satu pada 10 Ogos 2023.

Farid Kamil

Alhamdulillah, kita masing-masing boleh fokus kepada anak-anak, fokus untuk membina perjalinan persahabatan yang lebih baik selepas ini. Yang paling penting untuk kebaikan anak-anak. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Farid kerana melepaskan.- Diana Danielle.

Farid, 43, kelihatan tenang selepas lafaz cerai dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin. Dia turut mengucapkan penghargaan kepada bekas isterinya kerana memahami situasi mereka.

IKLAN

Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi.- Farid Kamil.

@vocket

Akhirnya Farid Kamil melepaskan Diana Danielle dengan cara baik, akhiri prosiding mahkamah dengan bersalaman. #faridkamil #dianadanielle #cerai #fyp #vocketnews

♬ original sound – vocket – vocket

Meskipun hubungan mereka sebagai suami isteri berakhir, kedua-duanya masih menunjukkan kematangan apabila mereka dilihat keluar dari mahkamah bersama dalam keadaan baik. Malah, Farid sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Diana sebelum beredar.

#ApaKataOhmedia

Setiap perkahwinan pasti ada ujiannya, dan tidak semua berakhir dengan bahagia. Namun, kematangan Farid dan Diana dalam mengendalikan perpisahan ini wajar dipuji. Tiada pergaduhan, tiada kontroversi—hanya keputusan yang dibuat untuk kebaikan semua pihak, terutama anak-anak mereka.

Semoga masing-masing terus maju dalam kehidupan dan tetap menjaga hubungan baik demi kebahagiaan keluarga.

Ohmedia farid kamil diana danielle

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas