Connect with us

Oh! Media

Esma Daniel Terkejut Terima Mesej Peribadi Ajak Kahwin Dan Memiliki Zuriat Di Instagram

Oh! Artis

Esma Daniel Terkejut Terima Mesej Peribadi Ajak Kahwin Dan Memiliki Zuriat Di Instagram

Baru-baru ini, salah seorang pengikut di laman Instagram milik pelakon, Esma Daniel telah menghantar mesej peribadi yang mengajaknya untuk berkahwin dan memiliki zuriat.

ADVERTISEMENT

Esma berkata, dia sangat terkejut dan menganggap mesej tersebut sekadar gurauan tetapi perlu berhati-hati dengan individu-individu seperti ini.

“Tidak dinafikan saya menerima pelbagai mesej peribadi daripada individu tidak dikenali di media sosial dan perkara sebegini perlu berhati-hati.

“Kadang-kadang kita tak tahu apa niat mereka. Adakah dia seorang ‘scammer’, penyamar atau betul-betul mempunyai niat baik. Susah saya nak kenal pasti sebab mereka tidak meletakkan foto sebenar selain ada akaun yang tidak meyakinkan.

“Namun, saya anggap dia mungkin nak bergurau. Sekurang-kurangnya adalah sesuatu yang boleh menghiburkan hati dalam keadaan sekarang ini. Tak sangka, perkongsian ini menarik perhatian ramai,” katanya.

Sebelum ini Esma pernah memuat naik sebuah gambar mesej peribadi yang dihantar oleh salah seorang pengikutnya yang meluahkan rasa cinta dan menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya.

Tambah Esma, walaupun tidak mempunyai jutaan pengikut di laman sosial, tetapi dia juga tidak terlepas daripada gangguan-gangguan mesej dan gambar yang pelik.

“Selalu saja dapat mesej daripada pengikut yang bertanya khabar. Saya anggap media sosial adalah platform untuk saya berinteraksi dengan peminat.

“Tidak kurang juga ramai yang mesej minta sumbangan. Kalau ketika itu saya ada duit lebih, saya akan bagi tapi jika dia menipu itu antara urusan dia dengan Tuhan. Selain itu, ada juga menerima mesej daripada golongan tertentu, lebih-lebih lagi kalau saya muat naik gambar atau video ketika bersenam. “Tapi apa yang lebih bahaya, saya juga kerap menerima gambar atau video yang bukan-bukan, seolah-olah ada satu sindiket yang mana mereka mensasarkan individu tertentu. Tahulah industri tertua adalah pelacuran dan kita antara negara Asia yang tertinggi menonton pornografi tapi apapun perlu sentiasa berwaspada ,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas