Connect with us

Oh! Media

ebit lew

Oh! Artis

Ebit Lew Kini Dalam Siasatan Bukit Aman, 13 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan

Sejak beberapa minggu ini, nama pendakwa kontroversi, Ebit Lew kembali menjadi panas selepas Caprice dan Mondy Tattoo buat pendedahan baru. Mereka turut membuat laporan polis sebelum melakukan pendedahan itu di YouTube dalam satu podcast.

BACA: Caprice Minta Ebit Lew Percepatkan Proses Saman Ke Atas Mondy Tattoo

IKLAN

Terkini, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mengesahkan bahawa Ebit Lew sedang disiasat. Ia berkait dengan dakwaan melakukan gangguan seksual kepada seorang influencer dari Indonesia, Mondy Tattoo.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes tersebut akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah seksual.

Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Ebit Lew telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis bagi menafikan kes rogol.

Setakat ini, wanita warga Indonesia itu masih berada di Malaysia. Kita ambil telefon Mondy untuk siasatan kerana memang ada peruntukan undang-undang terhadap tindakan tersebut.

Apabila kita ambil, ia digunakan untuk siasat sama ada ‘content’ (kandungan) di dalam telefon bimbit dan masa selari dengan laporan dibuat.

Difahamkan seramai 13 orang saksi telah dipanggil untuk dirakam sebagai siasatan termasuklah Caprice. Polis juga sudah merampas telefon bimbit milik Mondy bagi tujuan siasatan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas