Sebelum ini The Gadys, kumpulan yang dianggotai oleh tiga wanita menerima kecaman selepas tular rakaman video menunjukkan kumpulan ini menyanyi secara ‘live’ di kaca TV.
Terbaru! Menerusi Tiktok, salah seorang anggota kumpulan itu, Thamiera Chan ada memuat naik satu video telah mengundang perhatian ramai.
Kalau korang tengok video itu, Thamiera sedang menyanyikan lagu Tapi Tahukah Kamu dan suaranya itu telah mendapat pujian netizen.
Kalau korang tengok ruangan komen, ada juga yang berpendapat penyanyi itu rasa gugup ketika melakukan persembahan buatkan suaranya sumbang sebelum ini.
Bukan tu jer, ramai yang mendoakan agar perjalanan Thamiera Chan dalam industri ini semakin berkembang selepas tengok usahanya yang tak pernah putus asa.