Oh! Artis

Kak Lina Pom Pom Dan Rina Nose Pengacara Big Stage 2023, Netizen Risau Tengok

Published on

Program hiburan Big Stage 2023 kini kembali lagi. Pastinya malam Ahad anda tak akan sunyi dengan kemeriahan gandingan dua pengacara Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose dari Indonesia.

Untuk pengetahuan anda, Rina Nose merupakan seorang penyanyi, pelawak dan pengacara yang ‘masuk air’ sama macam Kak Lina juga. Selebriti ini dikenali dengan aksi bersahajanya yang sangat lucu.

Macam mana lah agaknya bila dua-dua pengacara ini bergabung ya?

Di ruangan komen, ada juga segelintir netizen menyelar pengacara yang dikatakan terlalu gedik dan ‘over’. Mereka merindukan gaya pengacaraan Alif Satar dan Sherry Alhadad yang lebih tenang.

Bagaimana pun, ada juga dalam kalangan peminat yang tak sabar nak nantikan ‘kekecohan’ dua pengacara berbakat tersebut.

Sebelum ini, Elly Mazlein dan Rina Nose sudah pernah bekerjasama dalam rancangan Siapa No Syahtu: Lina VS Rina.

Kredit: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version