Connect with us

Oh! Media

Dolla Diganggu 3 Lelaki Misteri? Polis Sahkan Memang Anggota Buat Kerja Bukan Menyamar

Oh! Artis

Dolla Diganggu 3 Lelaki Misteri? Polis Sahkan Memang Anggota Buat Kerja Bukan Menyamar

Kumpulan pop terkenal Malaysia, Dolla baru-baru ini menceritakan pengalaman disoal selidik tiga orang lelaki yang mengaku sebagai anggota polis.

ADVERTISEMENT

Kejadian itu difahamkan berlaku jam 11.30 malam di Puchong Jaya ketika mereka baru je selesai latihan menari. Kata Dolla lagi, tiga lelaki itu pakai baju biasa dan tak naik kereta rasmi polis.

3 lelaki minta IC

Kongsinya lagi, tiga lelaki itu meminta kad pengenalan mereka dan mengambil gambar secara senyap-senyap. Perkara tu membuatkan mereka berasa curiga dan cemas. Mereka bertanyakan pandangan orang ramai apa yang sepatutnya dilakukan kalau tiba-tiba kena macam tu.

Sah polis bukan menyamar

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan mengesahkan tiga lelaki tersebut adalah anggota sebenar. Ketika itu, anggota terlibat sedang menjalankan tugasan pemantauan dan rondaan cegah jenayah.

Ketiga-tiga anggota polis itu sedang membuat pemantauan kegiatan ops pusat hiburan dan rondaan cegah jenayah di kawasan pentadbiran Puchong Jaya.

Jelasnya lagi, polis memeriksa empat wanita tersebut selepas mendapati mereka dalam keadaan mencurigakan. Kad pengenalan yang diminta juga adalah untuk semakan rekod jenayah.

Anggota membenarkan empat wanita itu beredar selepas pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesalahan dibuat.

Kata beliau lagi, sebelum pemeriksaan dibuat, anggota ada menunjukkan kad kuasa polis mereka.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas