Connect with us

Oh! Media

“Doa Suami Mengiringi, Jangan Cakap Kita Berjaya Seorang Diri..”- Ellie Suriaty

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

“Doa Suami Mengiringi, Jangan Cakap Kita Berjaya Seorang Diri..”- Ellie Suriaty

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty berpendapat tindakan Nur Fazura mendedahkan isu rumah tangga adalah tidak wajar, memandangkan ada perjanjian mahkamah untuk tidak memburukkan pasangan.

Menurut Ellie, 54, rahsia rumah tangga patut disimpan demi menjaga maruah, walaupun selepas berpisah.

Sangat terkejut sebab sama-sama sudah tanda tangan untuk janji jaga aib dan itu perkara yang sangat positif, sepatutnya kena menghormati pihak mahkamah.- Katanya kepada mStar.

Ellie turut berkongsi pengalamannya sendiri, di mana dia dan bekas suami berpisah secara baik demi anak-anak mereka.

IKLAN

Saya dulu dengan bekas suami berpisah dengan baik kerana memikirkan soal anak kami memandangkan anak saya sudah besar. Saya langsung tidak buka aib bekas suami.- Tambahnya.

Ellie juga mendedahkan ramai artis menyokong Fattah Amin, kerana mengenali sikapnya yang baik sepanjang bekerja dengannya.

Ramai rakan artis berpihak kepada Fattah kerana pengalaman bekerja dengan dia dan tahu sikap peribadinya orang yang bagaimana, jadi macam satu sokongan semangat buat Fattah.

Ellie Suriaty pesan untuk jangan lupa setiap kejayaan bukan atas diri sendiri sahaja…

Apa yang saya sangat kagum, dia seorang suami yang betul-betul berdiri di belakang isteri dia.

Doa seorang suami, dia akan berkait dengan kejayaan isteri dia. Jangan cakap kita berjaya seorang diri.- Katanya lagi.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Fattah dan Fazura. Jadikan kesah mereka ini sebagai pengajaran buat kita.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas