Oh! Artis
Dikecam Gara-Gara Nama Masakan, Maria Tunku Sabri Beri Penjelasan
Bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri mengundang kecaman orang ramai gara-gara memuat naik video masakan menggunakan tajuk yang tidak bersesuaian. Netizen berpendapat tindakan pengacara dan personaliti TV itu akan mengguris hati ahli keluarga mangsa.
BACA: Netizen Kritik Maria Tunku Sabri Guna Kes Suami Tembak Isteri Dalam Tajuk Video Masakan
Ketika dihubungi Harian Metro, Maria Tunku Sabri menjelaskan dia menggunakan Instagram untuk berkongsi resepi dan berita terkini kepada pengikut. Katanya lagi, dia tiada niat untuk mempersendakan mangsa pembunuhan yang berlaku baru-baru ini.

Semalam, saya pun tak tahu yang hantaran saya itu tular. Namun, saya tak mahu melatah, jadi saya biarkan saja.
Selain berkongsi resipi di Instagram, saya juga berkongsi berita terkini yang berlaku ketika itu. Kebetulan, ketika saya muat naik hantaran itu, berita yang ada adalah mengenai isteri yang dipercayai dibunuh suaminya.
Menurutnya lagi, pengikutnya di Instagram sedia maklum mengenai sikapnya yang suka bergurau.

Kalau pengikut saya yang sudah lama mengikuti saya di Instagram, tentu mereka sedia maklum yang saya suka bergurau.
Namun, saya tegaskan di bahagian bawah kapsyen dalam hantaran itu saya tidak tujukan kepada sesiapa, sebaliknya berkongsi nasihat secara umum.
Berikutan video tersebut, Maria mengaku menerima pelbagai cemuhan daripada netizen. Ada yang sanggup menggunakan akaun palsu semata-mata untuk menulis komen negatif dan kasar.
Dia walau bagaimanapun menghantar pesanan mesej mendoakan agar mereka diberikan kesejahteraan dalam hidup. Dia juga telah bertindak menyekat akaun-akaun tersebut.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM