Connect with us

Oh! Media

Didie Alias Tiada Niat Aibkan Enot, Hanya Luah Rasa Kecewa, “Dia Ada Pilihan Sendiri”

didie alias

Oh! Artis

Didie Alias Tiada Niat Aibkan Enot, Hanya Luah Rasa Kecewa, “Dia Ada Pilihan Sendiri”

Pelawak terkenal Didie Alias menjelaskan sesi temu bualnya bersama Melodi baru-baru ini hanyalah luahan rasa kecewa bukannya berniat untuk mengaibkan sahabat lama.

ADVERTISEMENT

Meskipun tak menyebut nama, ramai yang meneka Enot kerana Enot sudah lama menghilangkan diri.

BACA: “Dia Yang Mengaibkan Diri Sendiri”, Rakan Pelawak ‘Kahwin’ Dengan Pengkid Buat Didie Alias Sebak

Tambahan pula apabila Enot turut memuat naik luahan di TikTok seakan-akan membalas kenyataan Didie Alias.

didie alias

Memetik laporan mStar, Didie Alias berkata dia kecewa kerana Enot pergi meninggalkan Kuala Lumpur tanpa apa-apa pesanan.

didie alias

Sebagai seorang rakan, banyak perkara yang disimpan di dalam hati. Lebih menyedihkan apabila ramai rakan-rakan bertanyakan keadaan Enot kepadanya. Namun dia juga tak ada jawapan kerana tak lagi berhubung.

Kalau tonton temu bual itu pun saya tidak memburukkan atau menyebut namanya. Saya harap dia dengar semula dan faham apa yang saya maksudkan.

Didie juga bersedia mendengar penjelasan daripada Enot mengenai punca sebenar sahabatnya itu menjauhkan diri.

enot

Saya pun tak tahu apa yang dia maksudkan. Tak tahu aib apa yang dia simpan. Mungkin saya juga ada buat salah.

Apa- apa pun Didie hanya mampu berdoa daripada jauh kerana itu pilihan yang dah dibuat Enot.

Mengenai dakwaan Enot secara terbuka mempamerkan kemesraan dengan seorang wanita berpewatakan lelaki. Didie hanya mampu berpesan supaya individu itu menjaga Enot dengan baik.

Kalau dia pilih lelaki saya tak kisah malah saya boleh taja majlis persandingan kalau dia mahu berkahwin. Tetapi dia ada pilihan sendiri.

Pelawak ini bagaimanapun sudah tak mahu mendengar cerita rakannya itu meminta bantuan kewangan kerana sebelum ini dia sudah berjanji mahu mulakan hidup baru.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia Menurut pandangan Islam, perkara yang berkaitan dengan hal rumah tangga tidak boleh dihebahkan apatah lagi kalau korang nak cerita dekat media sosial ni.. #rumahtangga#masalah#sosialmedia#news#borakborak#mugtalk#ohmedia ♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas