Connect with us

Oh! Media

Diah Permatasari Dedah Tak Pernah Guna Duit Sendiri Sepanjang 28 Tahun Kahwin

Ohmedia diah permatasari indonesia

Oh! Artis

Diah Permatasari Dedah Tak Pernah Guna Duit Sendiri Sepanjang 28 Tahun Kahwin

Diah Permatasari bongkar kisah rumah tangga, dedah tak pernah guna duit sendiri sejak berkahwin!

Pelakon popular Indonesia, Diah Permatasari baru-baru ini buat pendedahan tentang kehidupan rumah tangganya dengan usahawan, Anton Wahyu Jatmiko.

Katanya, sepanjang lebih dua dekad mereka berkahwin, dia tidak pernah menggunakan duit sendiri, malah suaminya tidak pernah izinkan pun.

Wang dia (suami) wang saya, wang saya bukan wang dia.

Diah Permatasari suruh suami bayarkan semua kalau nampak sale…

Diah Permatasari

Memetik laporan mStar, Diah selesa dengan peranan masing-masing dalam rumah tangga mereka. Malah katanya, bila ada jualan murah, dia tak akan teragak-agak ajak suami shopping bersama.

IKLAN

Jika ada jualan murah di pusat membeli-belah, saya akan mengajak suami dan dia akan membayar semua barangan yang saya mahu.- Katanya.

Diah bagaimanapun tak faham kenapa ada sesetengah pihak yang anggap hidup dia terlalu senang dan luar biasa. Bagi dia, apa yang dilakukan oleh suaminya adalah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana suami.

Diah Permatasari

Sebenarnya apa yang dilakukan suami saya ini memang wajar. Kenapa ada yang memerli dan mengatakan hidup saya sangat selesa.

Bukankah suami memang harus memberi nafkah kepada isteri, bukan kita yang perlu beri wang buat suami.- Ujarnya.

Untuk pengetahuan korang, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 April 1997 dan kini sudah pun melalui 28 tahun perkahwinan bersama. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Marcello Louis Reynara dan Marciano Nicholas Jatmiko.

Pssttt! Kisah Diah ni sebenarnya bukan tentang mewah atau hidup ditanggung semata-mata. Ia tentang persefahaman dan tanggungjawab dalam rumah tangga. Bila suami memainkan peranan sebagai pemberi nafkah, dan isteri pula menghargai, hubungan itu jadi lebih kukuh dan penuh rasa hormat.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas