Connect with us

Oh! Media

“Dia Paksa Saya His*p” – Bekas Pelakon Kanak-Kanak Dakwa Dicabul Saudara Sendiri

Ohmedia pelakon Kanak

Oh! Artis

“Dia Paksa Saya His*p” – Bekas Pelakon Kanak-Kanak Dakwa Dicabul Saudara Sendiri

Selepas bertahun-tahun, bekas pelakon kanak-kanak akhirnya tampil dedah rahsia.

Terpahat dalam ingatan sampai ke hari ini! Itulah trauma yang ditanggung seorang bekas pelakon kanak-kanak yang mendakwa menjadi mangsa cabul saudara sendiri.

Menerusi beberapa perkongsian di Thread, Alqal Sahar berkata, kisah silam itu terjadi ketika dia aktif berlakon untuk membantu kewangan keluarga.

“Keluarga aku orang susah, adik beradik ramai…”

Dia yang berasal daripada Johor terpaksa ke Kuala Lumpur untuk berlakon dan tinggal di rumah saudara. Namun, siapa sangka, darah dagingnya sendiri tergamak buat perbuatan jijik itu berkali-kali.

IKLAN
Cabul

Dalam perkongsiannya, Alqal mendakwa dia terpaksa memendam cerita ini sejak zaman kanak-kanak demi menjaga hubungan kekeluargaan.

Menurutnya, tindakan individu tersebut bukan hanya terhenti pada dirinya, malah dia mengesyaki beberapa pelakon kanak-kanak lain turut menjadi mangsa namun tidak berani bersuara kerana takut.

Tambah memilukan, Alqalshahar mendakwa baru mengetahui bahawa adik kandungnya juga pernah menjadi mangsa gangguan oleh individu yang sama.

Pelakon

Dalam satu hantaran lain, dia turut menyatakan bahawa dia hanya menceritakan hal ini sekarang agar tidak ada lagi pelakon kanak-kanak zaman sekarang menjadi mangsa perbuatan jijik seperti yang pernah dia alami dahulu.

Pelakon Kanak kanak 3

Namun, di perkongsian terkini dia membetulkan salah faham di mana dia tidak diliwat sebaliknya dipaksa melakukan perkara tidak senonoh.

Pssttt! Kisah ini sangat menyayat hati dan membuka mata ramai tentang sisi gelap dunia hiburan yang jarang didedahkan. Kalau benar dakwaan ini, pihak berkuasa wajar segera menyiasat dan memberikan keadilan kepada mangsa. Semoga mereka yang pernah melalui trauma sebegini diberi kekuatan untuk pulih dan bersuara demi menyelamatkan yang lain.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas