Connect with us

Oh! Media

“Dia Menangis Mungkin..” – Fazley Yaakob Akui Terkesan Dengan Tangisan Upiak Isil

Oh! Artis

“Dia Menangis Mungkin..” – Fazley Yaakob Akui Terkesan Dengan Tangisan Upiak Isil

Baru-baru ini, minggu keempat rancangan realiti, Gegar Vaganza (GV) musim ke-8 telah pun ‘melabuhkan tirai’ dan menyaksikan penyanyi tanah air, Dato’ Fazley Yaakob tersingkir dalam saingan kali ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mendatar Je Nyanyian” – Persembahan Upiak Dipersoal, Reaksi Bonda Hetty Raih Tumpuan

Bagaimanapun, keputusan itu ternyata memberikan impak kepada ramai pihak termasuklah peserta yang berasal dari Indonesia, Upiak Isil yang dilihat tidak dapat menahan air matanya.

Menurut sumber, Upiak menimbulkan kekecohan di ruang lobi lokasi pertandingan apabila dikesan menangis teresak-esak apabila bertemu dengan bekas peserta Masterchef Selebriti Malaysia itu.

Sumber: Google

Selain itu, dia juga dilihat berulang kali memohon maaf kepada Fazley selain menyatakan beberapa perkataan yang kurang difahami oleh kerana tidak mampu menahan sebak.

Fazley akui rapat dengan Upiak, terkesan dengar tangisannya

Sementara itu, Fazley Yaakob telah tampil menerangkan situasi tersebut selain turut terkesan dengan tangisan penyanyi itu yang jelas menimbulkan sebak dalam hatinya.

Menurutnya, dia merasakan Upiak menangis mungkin kerana terasa kehilangan seorang abang atau rakan yang sama-sama berjuang dalam pentas tersebut.

Lebih mengejutkan, Fazley juga turut menyatakan bahawa dirinya sangat rapat dengan Upiak serta pernah tinggal dalam kampung yang sama di Indonesia.

Sebenarnya dalam GV, saya paling rapat dengan Bandi Amuk dan Upiak. Upiak ini rapat sebab kami sebenarnya satu kampung di daerah Bukit Tinggi, Indonesia.

Atuk saya belah ibu memang dari situ dan kebetulan kampung Upiak sebelah-sebelah sahaja. Mungkin dia sedih kerana kehialngan sorang abang dalam Gv ini.

Dato' Fazley Yaakob

Selain itu, Fazley sempat meluahkan bahawa Upiak sering berhadapan dengan pelbagai masalah sepanjang program tersebut dan sentiasa menjadi dirinya sebagai tempat meluahkan perasaan.

Upiak pun banyak cabarannya di sini. Banyak masalah dihadapi, jadi dia bercerita dengan saya.

Banyak masalahnya, jadi saya banyak beri kata-kata semangat, kekuatan dan bantu dia yakin semula apabila dia down pasal baju atau show.

Akur dengan penyingkiran, ucap terima kasih kepada penyokong

Walaupun terpaksa menelan pahit tersingkir, namun perkara tersebut tidak sekalipun mematahkan semangatnya dari meneruskan perjuangan dalam industri muzik.

Menurutnya, dia akur dengan keputusan itu selain mengakui dirinya sentiasa berusaha setiap minggu bagi memperbaiki mutu persembahannya agar diterima ramai pihak.

Saya lega sangat apabila tersingkir. Bukan menidakkan peluang tetapi akur rezeki setakat ini.

Saya hanya usahakan agar ada peningkatan di dalam persembahan saya setiap minggu, bukan bertanding untuk lebih baik daripada peserta-peserta lain.

Gegar Vaganza bukan pentas saya, ianya terlalu besar untuk saya yang sememangnya bukan penyanyi pertandingan

Mengakhiri ulasannya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tidak henti memberikan sokongan kepadanya walaupun hampir 10 tahun tidak muncul di mana-mana pentas nyanyian.

Kredit: Instagram Fazley Yaakob I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas