Connect with us

Oh! Media

“Dia Dah Tiada Dalam Hidup Saya..” – Bella Astillah

Ohmedia bella astillah

Oh! Artis

“Dia Dah Tiada Dalam Hidup Saya..” – Bella Astillah

Bella Astillah enggan ulas isu bekas suami Aliff Aziz, hanya doakan terbaik.

Kalau sebelum ini nama Bella Astillah dan Aliff Aziz tak pernah sunyi jadi bualan, kali ini sekali lagi pasangan yang pernah hidup bersama ini jadi perhatian.

Tapi lain macam sikit kali ni sebab Bella terus terang cakap, dia dah tak nak komen langsung bab bekas suami.

“Dia dah tiada dalam hidup saya…” – Bella Astillah.

Dalam temubual tersebut, Aliff Aziz akui dia sangat rindukan dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Katanya, dah lama dia tak berhubung dengan mereka sejak awal tahun ni.

IKLAN

Aliff turut mendoakan kebahagiaan Bella yang kini hangat dikaitkan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Walaupun begitu, dia jelaskan fokus hidupnya sekarang adalah untuk pulihkan diri dan bina semula kehidupan.

Cuma, bila bab anak, kerinduan tu memang tak dapat disorok. Malah dia sendiri mengaku sebak sampai susah nak tengok video anak-anak.

Bella pilih untuk berdiam diri…

Aliff Aziz

Bila diminta ulas balik tentang kenyataan Aliff, Bella terus menegaskan dia enggan komen lebih.

Bukan senang terutamanya ramai pihak dan banyak hati yang saya nak jaga. Saya memang tak tahu bab itu. Jadi saya doakan yang terbaik untuk semua pihak. Itu saja.- Katanya.

Jawapan Bella jelas menunjukkan dia tak nak panjangkan cerita, apatah lagi isu melibatkan anak-anak dan keluarga memang sensitif.

Pssttt! Kadang-kadang bila dah berpisah, tak semua benda kita boleh jawab atau jelaskan sebab ia melibatkan banyak hati. Apa yang Bella buat ni betul, lebih baik diam daripada menambah luka. Korang pun kalau ada situasi macam ni, ingatlah, tak semua benda perlu dijelaskan pada umum, doa yang baik itu lebih bermakna.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas