Oh! Artis

“Dengar Bunyi Jerit-Jerit” – Saksi Dakwa Nampak Pelakon Lelaki Muka Soleh Pukul Wanita Dalam Kereta

Published on

Di TikTok tular satu perkongsian seorang individu mendakwa melihat pelakon lelaki bergaduh dengan perempuan dalam sebuah kereta.

Individu tersebut berkata, pada awalnya dia ingatkan gaduh biasa tetapi sebaik sahaja pasangan itu masuk ke dalam kereta, dia mendengar suara perempuan menjerit.

Saksi nampak pelakon lelaki pukul wanita

Dia mendakwa menyaksikan pelakon lelaki itu memukul wanita tersebut berkali-kali. Dia cuba nak membantu tetapi mangsa dikatakan hanya menangis dan tak mahu keluar kereta.

Tambahnya lagi, dia sudi tampil sebagai saksi sekiranya wanita tersebut membuat laporan polis mengenai kejadian. Setakat ini, dia tak menyebut sebarang nama namun memberi bayangan pelakon itu mempunyai muka yang soleh.

BACA: Pukul Isteri Merupakan Aib Suami Perlu Dijaga? Ini Penjelasan Dari Sudut Islam

Kredit: xtra | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version