Connect with us

Oh! Media

Datuk Red Minta Tempoh 5 Tahun Untuk Bayar Hutang RM7 Juta

Datuk red peguam hutang ohmedia

Oh! Artis

Datuk Red Minta Tempoh 5 Tahun Untuk Bayar Hutang RM7 Juta

Ramai yang mengikuti perkembangan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red sekarang ni. Apapun, ada juga yang mengecam dengan mengatakan dirinya sebagai scammer kerana banyak terpalit dengan isu hutang.

Sedar tentang perkara itu, Datuk Red memaklumkan dia sudahpun melantik peguam daripada Tetuan Hawari Hanafi & Co untuk membantunya menyelesaikan isu hutang sebanyak RM7 juta yang akan diselesaikan dalam tempoh 5 tahun.

Datuk Red dedah berhutang dengan lebih 100 orang…

Hampir RM7 juta dan lebih 100 orang yang saya berhutang tapi saya tak mampu nak bayar sepenuhnya secara terus sekarang.

Tapi ada cara dan prosedurnya untuk mereka tuntut hutang pada saya dengan hubungi peguam kemudian kita ikut cara yang sepatutnya supaya ada ketelusan dalam membayar hutang itu.

Saya tak suka salahkan orang, saya salahkan diri sendiri. Jadi saya jangkakan hutang saya mungkin akan langsai dalam tempoh lima tahun, InsyaAllah.

Harap semua mangsa bersabar..

Image 31

Disebabkan itu, Datuk Red berharap agar individu yang terlibat dalam keadaannya ini bersabar dan memberikannya masa untuk membetulkan keadaan.

IKLAN

Saya harap mangsa-mangsa bersabar beri masa dan ruang, boleh hubungi peguam saya untuk dapatkan kembali duit mereka.

Saya dah cuba macam-macam usaha sejak lima tahun lepas. Tapi Allah SWT berikan jalan lebih-lebih lagi selepas temu bual bersama mStar. Inilah jalan terakhir saya untuk jelaskan hutang saya.

Apapun, kita doakan sahaja yang terbaik buat Datuk Red agar dipermudahkan segala urusan olehNya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas