Oh! Artis
Datin Almy Nadia Masih Tetap Tersenyum, Bakal Dibedah Kerana Cyst Dan Hamil Luar Rahim
Pada
Oleh
Cekalnya hati seorang wanita. Itulah yang mungkin dapat dirasakan ramai orang selepas melihat senyuman yang terukir di wajah Datin Almy Nadia walaupun terpaksa menjalani pembedahan.
Berdasarkan perkongsian pelakon, Datuk Fizz Fairuz, isterinya itu disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan juga mengandung di luar rahim. Perkara ini disahkan sendiri oleh doktor setelah melakukan pemeriksaan di hospital.
Untuk mengelakkan cyst pecah dan memberi kesan kepada kandungan, doktor mencadangkan agar pembedahan dilakukan secepat mungkin bagi membuang cyst. Perkara ini diputuskan oleh Fizz setelah keputusan darah diketahui pada hari sabtu.
Pemeriksaan pertama pada rahim kosong mendapati ada setitik ketulan tetapi dinafikan oleh doktor. Walaubagaimanapun, ujian air kencing menunjukkan tanda positif (hamil). Setelah melakukan pemeriksaan kali kedua, ketulan pada luar rahim telah disahkan oleh doktor.
Disebabkan itu, pembedahan perlu dilaksanakan segera demi menjaga kandungan tersebut dan menjamin keadaan kandungan jika hamil di masa hadapan. Ini kerana Cyst amat berbahaya dan perlu dibuang serta kandungan pada luar rahim harus dikeluarkan untuk mengelak daripada pecah.
Dia tunjuk simptom demam, cirit-birit, sakit perut dan lemah. Itu yang kami pergi buat pemeriksaan doktor tu.- Jelas Fizz.
Kita sama-sama doakan agar Datin Almy Nadia terus kuat dan selamat menjalani pembedahan. Buat Datuk Fizz semoga terus cekal dengan dugaan ini.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Masih dirawat akibat jangkitan paru-paru, Amir Raja Lawak rayu orang ramai sokong kedai ayam gorengnya di...
Dr Fie mohon maaf selepas dikritik tidak sensitif ketika membaca komen netizen tentang individu meninggal dunia...
Nubhan buat laporan polis selepas rumahnya didatangi pengutip hutang yang mencari bekas isterinya, Dr Fie. Dia...
Intipati Berita Kemelut Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Azim, kembali menjadi bualan selepas perbalahan mereka...
Cik B mengakui pernah cuba mencari kelemahan Datuk Fazley Yaakob kerana mahu memastikan penyanyi dan cef...