Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku tidak tahu isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.
Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, berkata dia sibuk menguruskan perniagaan sehingga tidak sedar mengenai perkara tersebut.
Dalam satu hantaran di Instagram, Alif menjawab persoalan warganet yang pelik melihat kemesraan dia dan Aisyah, meskipun ada berita mengenai perceraian. Dia juga bertanya dari mana cerita itu datang.
IKLAN
Dapat dari siapa cerita? Alif takda cakap. Aisyah pun takda post apa-apa.- Balasnya.
Sebelum ini, Aisyah mengesahkan telah memfailkan cerai terhadap Alif pada Ogos lalu, namun enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca perceraian.
Untuk rekod, Alif dan Aisyah berkahwin pada 25 November 2017 dan mempunyai tiga orang anak. Pada November tahun lalu, Alif mengaku telah berkahwin kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung anak ketiga.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM