Connect with us

Oh! Media

“Dapat Lock Ke Tak?” – Ariz Ramli Dedah Dapat Job Berkempen, Letak Tanda Harga RM1 Juta Pakai Baju Parti Politik

caprice ohmedia

Oh! Artis

“Dapat Lock Ke Tak?” – Ariz Ramli Dedah Dapat Job Berkempen, Letak Tanda Harga RM1 Juta Pakai Baju Parti Politik

Malam tadi, penyanyi rap sensasi Caprice mendedahkan satu hantaran video di Instagram menunjukkan tangkap layar perbualan mesej di aplikasi WhatsApp bersama seorang individu.

Individu itu dipercayai cuba memberi tawaran berbayar kepada aktivis kemanusiaan berusia 35 tahun itu untuk berkempen bagi sebuah parti politik dan bertanya berapakah bayaran yang akan dikenakan Caprice.

Kena pakai baju parti politik tu dalam video

Caprice turut diminta untuk memakai t-shirt parti politik berkenaan dan memuat naik video di laman TikTok miliknya bagi menunjukkan sokongannya terhadap parti berkenaan.

IKLAN

Agak-agak dapat lock job ni ke tak?

Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengusik individu terbabit dengan mengenakan harga RM1,000,000 jika mahu dia memakai baju parti politik.

Tak berminat dengan tawaran diberikan

Malah, penyanyi lagu Lai Lah itu turut memaklumkan kepada individu berkenaan bahawa berkempen untuk parti politik merupakan sesuatu yang bahaya sekaligus menolak tawaran tersebut.

Bahaya ah bro politik ni.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan yang dilakukan Caprice kerana tidak menyangka sesetangah parti politik sanggup membayar selebriti demi mendapatkan penyokong.

image 117

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas