Mungkin sudah hilang sabar, selebriti Abby Abadi meluahkan rasa kecewa dengan sikap Norman Hakim yang seolah-olah lepas tangan isu membabitkan anak perempuan mereka.
Namun, Norman menafikan dakwaan itu dan meminta bekas isteri bertenang serta tidak berkongsi pekung keluarga kepada umum.
Haih, tak pasal-pasal bergaduh pula keluarga bahagia ni disebabkan isu anak kan? Norman bagaimanapun mengalah dan meminta maaf di atas kelemahan dirinya.
Dia akan bertanggungjawab dan berusaha setakat yang termampu untuk menyelesaikan apa yang patut.
Jelas pelakon ini lagi, dia terpaksa meninggalkan komen secara public di Instagram kerana tiada akses untuk menghubungi bekas isterinya itu. Anaknya, Marissa juga mengirimkan salam sayang untuk ibu tercinta.