Connect with us

Oh! Media

Dakwaan Serang Shila Amzah, Ini Kenyataan Amy Search Di Balai Polis

Ohmedia amy search shila amzah

Oh! Artis

Dakwaan Serang Shila Amzah, Ini Kenyataan Amy Search Di Balai Polis

Amy Search buat laporan balas terhadap Shila Amzah di IPD Shah Alam.

Penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search tampil membuat laporan polis selepas tular dakwaan dirinya terlibat dalam insiden serangan terhadap penyanyi terkenal, Shila Amzah.

Laporan tersebut dibuat oleh Amy, 67, pada hari Selasa lalu dan disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim.

Ya ada, tapi lebih kepada covering report dan penafian. Laporan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.- Jelasnya ringkas kepada media hari ini.

Amy Search hadir ke balai bersama isteri…

Shila amzah amy search2

Spekulasi mengenai laporan ini semakin kuat selepas isteri Amy Search, Datin Norhasniza Hassan, berkongsi sekeping gambar menunjukkan mereka berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

IKLAN

Ramai yang mengaitkan kehadiran mereka dengan isu panas yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

BACA: Amy Search Hadir Ke Balai Polis Bersama Isteri

Laporan asal dibuat oleh Shila Amzah…

Shila amzah amy search

Sebelum ini, Shila Amzah telah membuat satu laporan polis yang mendakwa dirinya telah diserang oleh seorang penyanyi legenda. Walaupun pada awalnya tidak menyebut nama, netizen mula membuat spekulasi sendiri.

Tidak lama kemudian, Shila mengesahkan bahawa individu yang dimaksudkan itu adalah Amy Search, bapa kepada pelakon popular Nabila Huda.

Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan betapa cepatnya sesuatu perkara boleh menjadi bualan hangat di media sosial, lebih-lebih lagi bila melibatkan selebriti besar seperti Amy Search dan Shila Amzah. Dalam situasi begini, Ohmedia nasihatkan korang supaya jangan cepat melatah atau buat andaian sendiri sebelum siasatan selesai. Hormatilah proses undang-undang dan beri ruang untuk kedua-dua pihak menjelaskan keadaan sebenar.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas