
Oh! Artis
Dakwaan Dipukul Suami, Lesti Kejora Tarik ‘Report’ Polis Lepas Balik Umrah
Oleh
Sejak beberapa minggu lalu, media Indonesia termasuk Malaysia kecoh apabila penyanyi dangdut popular, Lesti Kejora membuat laporan polis mendakwa dipukul suaminya sendiri.
Ramai yang terkejut sebab pasangan ini baru je berkahwin dan nampak sangat romantis di media sosial. Bukan je dipukul, Rizky juga didakwa curang di belakang isterinya.

Bagi membantu siasatan, Rizky yang juga merupakan selebriti itu ditahan polis selama 20 hari bermula Khamis. Dia dilihat memakai baju lokap berwarna oren memegang status sebagai tertuduh kes keganasan rumah tangga.
Tapi, selesai pulang dari umrah, Lesti tiba-tiba datang mahu menarik semula laporan polis yang dibuat. Memetik laporan Detik News, perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Kombes Pol E Zulpan.

Setakat ini, Zulpan masih menerima laporan rasmi mengenai permohonan tarik laporan tersebut. Katanya lagi walaupun laporan ditarik, pendakwaan terhadap tertuduh tidak terus gugur.
Kalau mau mencabut itu silakan saja hak daripada korban, tapi itu ada mekanisme dan prosedur.
Peguam Rizky Billar turut mengesahkan perkara sama dan dia menyaksikan sendiri Lesti menandatangani surat tarik laporan selepas pasangan suami isteri itu berbincang.
Dilaporkan Lesti dan Rizky berbincang hampir satu jam ketika mereka bertemu empat mata di Polres Metro Jakarta Selatan.
Kredit: Detik News
