Connect with us

Oh! Media

“Dah Tak Ada Idea Sangat Ke?” – Ahmad Idham Tegur Pelawak Ajuk Gaya Anak Istimewa Jadi Bahan Jenaka

Ahmad Idham

Oh! Artis

“Dah Tak Ada Idea Sangat Ke?” – Ahmad Idham Tegur Pelawak Ajuk Gaya Anak Istimewa Jadi Bahan Jenaka

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dr Ahmad Idham menegur pelawak yang menggunakan anak istimewa sebagai bahan jenaka di sebuah program realiti baru-baru ini.

Menurut Ahmad Idham, dia telah menerima keluhan secara terus daripada ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ketika mengadakan program dan jelajah di bawah Hab Pendidikan Khas anjurannya.

Timbul rasa kecewa di sudut hati ibu bapa apabila kekurangan anak-anak istimewa ini dijadikan modal untuk ditertawakan penonton.

IKLAN

Jelas pengarah ini, beliau tiada masalah jika anak istimewa diangkat menjadi ‘talent’ untuk menyerlahkan bakat mereka.

Tetapi beliau kurang setuju apabila individu normal mengajuk gaya anak istimewa dan dengan sengaja merosakkan peribahasa untuk kelihatan lucu.

Benda ni serius. Kualiti mutu pelawak kita takkan sampai macam tu. Dah tak ada idea sangat ke?

Ahmad Idham yang mempunyai anak istimewa sangat terkesan apabila kelemahan mereka dijadikan gelak ketawa orang ramai.

Ubi 1

Beliau berharap orang ramai tidak terus membudayakan perkara sebegini kerana bimbang ianya akan mempengaruhi anak-anak muda yang lain.

Pengarah ini turut memohon maaf jika tegurannya ini tidak disenangi segelintir orang.

Kredit: Instagram Dr Ahmad Idham

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas