Connect with us

Oh! Media

“Dah Penat Tanggung Biawak Hidup” – Fatin Afeefa Akhirnya Luah Perasaan Sebenar

fatin afeefa

Oh! Artis

“Dah Penat Tanggung Biawak Hidup” – Fatin Afeefa Akhirnya Luah Perasaan Sebenar

Bayangan apa pula yang cuba diberikan pelakon, Fatin Afeefa kali ini? Melalui perkongsian terbarunya di TikTok, Fatin seperti ingin menyatakan dirinya pernah hidup bersama seseorang hingga terpaksa menanggung keluarga.

ADVERTISEMENT

Fatin meluahkan dirinya sudah penah menanggung biawak hidup dan tidak mahu lagi melalui kehidupan seperti itu.

Saya dah penat la tanggung biawak hidup, biarlah biawak pula tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.

Dulu saya dah dengar cakap korang, saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat lelaki kaya ni, saya dah dengar cakap korang. – Katanya.

Biawak hidup Aliff jaga keperluan isteri…

Tidak pasti siapakah biawak hidup yang dimaksudkan Fatin tetapi sudah pasti ia bukan alpha Aliff Awang.

Ini kerana, Fatin amat bersyukur ditemukan dengan Aliff yang sentiasa menjaga keperluannya sebagai seorang isteri.

Saya bela biawak, sekarang ni saya nak biawak yang bela saya. Biar je dia. Nanti korang fahamlah, mencintai biawak tak akan boleh beri makan kepada anak-anak dan anda. Tapi suami saya baik saja.

Itu pengalaman hidup masing-masing, apapun kita doakan sahaja yang terbaik untuk Fatin Afeefa sekeluarga.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas